Platinum 9 Disc
Platinum 9 Disc

Platinum 9 Disc

Platinum 9 DISC (プラチナ 9 Disc) merupakan album studio kesembilan dari kumpulan Hello! Project, Morning Musume. Album ini akan dipasarkan pada 18 Mac 2009 dibawah label zetima dengan dua edisi iaitu edisi biasa (EPCE-5631) dan edisi terhad (EPCE-5629~30). Edisi biasa terdapat bonus kad foto dan edisi terhad terdapat bonus DVD.Album ini mengandungi lima buah lagu dari single iaitu Kanashimi Twilight, Onna ni Sachi Are, Mikan, Resonant Blue dan Naichau Kamo dan terdapat lapan buah lagu baru iaitu dua lagu dinyanyikan secara berkumpulan, tiga buah lagu dinyanyikan oleh tiga anggota kumpulan dan tiga buah lagu solo yang dinyanyikan oleh Mitsui Aika, Michishige Sayumi dan Kamei Eri.